My Kedai SnS

Thursday, May 30, 2013

Bebelan mak yong

Yer....
dah ramai memanggil aku mak yong
perut nampak lemak je pon lagi....
huuhuhuhu

tak tau la morning sickness aku nih ...
lately dah tak bule bau lauk pauk pulak
feeling nak mkn mat saleh je
aku syak baby ku nanti bermata biru....
mohon cantik mcm magen fox klu pompuan...
klu lelaki lite2 mark dacascos pon takpe, ader taste2 jawa disitu ...
eh tibe...

pagi bole mkn biskut ngn milo o..
tak pon roti,
heavy dari tu perutku sebu
lunch feeling nak salad2 sajork...
kemain mkn bermodal kan?

klu sebelom ni kudap2 nak ilang loya duk bantai asam kulit limau,
tapi tak daya asyik pedih perut.
sampai tak lalu nak telan, aku kemam je...
agak2 kulit limau tu dah kembang, aku buang...




Semlm feeling nak mkn salad ...so opismate bawak ker Secret Recipes kat SACC..
ramai plak yang join... 
kebetulan menjamu opismate lastday time tu....
so kemain la meriahnyer mkn.
memule kt menu tu dah ader sticker yang crispy chicken salad tu not available.
hoi.... sentap hati kite.... 
beria nak mkn salad... tetibe habis plak
harus la wat drama kat budak amik order tu

"dik akak ni datang jauh dik.... dari kuala selangor ke shah alam, semate nak mkn salad nih.... sian baby akak ngidam!".... 

haaaaa.... ko mampu???

adik tu serba salah... " jap kak... saya tanye kitchen ble buat utk akak tak"...

kah kah kah.....
akhirnyer!!!!
dapat gak merase salad nih!
owh lapar balik tgk gambo...






berpiuh2 tekak aku nak menghabiskan kek bagai plak
bebudak ni duk pakse mak yong rase sume kek...
balik opis rupenyer ramai yang tau aku mengidam salad...
sape lah penyebar cerita nih.....
sampai ader few mgr tanyer...
hah dapat mkn salad lom?
blushing hakhak tau!!


pastu balik keje smlm konon nak g buat scan baby kat klinik Anis section 2
tibe doc tu takder lak
so, wat harini je la.... alang2 dah merayau ke area sana..
pegi plak ke section 7 nak merase burger bakar abang burn.
tak le jadi sume blogger fofuler dah wat testi...
harus la mak nak celah bedah jugak khen???

aku order meatball sajork....
si somi order amender ntah... burger daging kot.
meatball tu ader 10 ketul...
seketul tu kene 2-3 gigit gak la
dah la perut aku lately ni manjang tak le terima mknan byk2..
so mkn lar dlm 5 ketul jer....
selainnyer si somi yg abiskan...

nampak kemain sedap lagi dlm gambar kan?
tapi tu lah.... time2 gini tekak sume tak selera..
walaupon lapar tahap gigil
harap2 tak lama la berkeadaan begini..
dah la sebelom nih aku kira pentamak jugak bab2 mkn nih
time mengandung hamik ubat dpt balasan.
sampai lauk2 sume berbau busuk....
belom cerita bau belacan lagi
ohh why!!!!!!!!

 
 

Smlm sepanjang malam perut buat hal..
aku syak kenyang sangat kot mkn daging bagai.
dia punye sebu Allah jer yang tahu..
berguling2 aku atas katil
nak letak minyak angin pon takut..
ramai yang kate tak le letak minyak angin bagai
so melayan la sebu perut sampai tertdo
sip baik pagi tadi dah kuranggg

owh harini siap bawak bekal
sandwish chicken meatloaf ngn salad bagai
beserta sedikit buah delima..

kemain kan?
hahahahh

sblm ni mmg tau khasiat buah delima nih...
so mari amalkan... eh, somiku ajar mkn dgn biji2 skali....leceh plak tiap kali kene buang kan?
so kunyah skali senang.... n org kate biji ngn kulitnye pon ader khasiat gak!

balik ni nak carik jus delima plak lah...

FYI :

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

 

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah. Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Antara kebaikannya yang lain:

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

LAGI KHASIAT DELIMA :-
Melawan penyakit gaut
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat 'sinus'
Meningkatkan tenaga
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredarah darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor


Eh.... tetibe buat iklan delima kan?

ilmu perlu di kongsi katenye!

ok lah... nak siap2 kuar
harini amik halfday
ader appointment ngn dr hew kt SJMC petang nih utk thyroid
pastu nak patah balik shah alam nak buat scan baby kat klinik anis sec. 2.

k uols!
muah!!

Saturday, May 25, 2013

Bosan

Bosannyeerrrr
Weekend x kemane
Duit xberape nak ade
Isnin baru gaji
So duk umah jer diam2

Badan pon sober je
Perut sebu lg
Nak masuk minggu ke 7
X sabar nak tunggu minggu ke 8
Baru nak scan

Hopefully sumenye ok

Eh.. ape xtvt korang?

Thursday, May 23, 2013

Morning Sickness

Apekah yang aku lalui nih morning sickness?

Badan lesu
Nak marah2
Perut sebu memanjang
Tekak loya tapi tak leh muntah
Sakit pinggang
Makan tak lalu
Takde mood
Rase nak tdo jeeee...
Kembang tekak tgk ayam goreng
Harap tak bertambah besok2

Mohon takde lagi teruk dari nih...
Tapi klu Allah nak uji, Aku redha
harap si somi memahami
harap dia bersabar dengan kerenahku

Baby,
Sila cepat besar
mami tak sabar nak tgk awak .
Moga jadi anak yang soleh/solehah
Moga baby cergas,cerdas, cerdik, cantik
dan yang penting dapat doakan mami n dedi bila kami tiada nanti

6 weeks pregnant
Gambaran Kandungan Seusia 6 minggu

Wednesday, May 22, 2013

Sentap hati kittew

Sejak dua menjak dpt tau berbadan dua nih
nak bukak blog pon malas...
tetibe tgh type pon rase mual
sumpah takde mood
harap tak lama berkeadaan sebeginih

I iz tak larat
Mcm moody je
Mcm cepat touching
owh nak cerita
pasal touching..
Tgh mlm tadi lakiku wat air milo
cecah ngn biskut lemak
sedapnyer bau
mintak sikit nak rase
pastu aku tau niat dia nak bergurau
tak ble! katenye
ehhh
terus sentap!!
mcm tu pon bergenang air mata
permainan apekah ini!!!

emosi sangat kan?
tetibe membawa diri solat isya'
then terus la baring2 dlm bilik
dgn harapan ader la org nak tolong pujuk
HARAPAN PALESU sangat
tertido sampai pagi
dgn asben pon sentap tdo depan tv
rasekan

ohoi.. ape perangai la plak cepat terase kan?
vongok sangat...
kire tu normal ke acara ibu mengandung nih?


Wednesday, May 15, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah!
Itu jer yang aku sebut dlm hati lepas solat subuh pagi tadi
N senyum sepanjang hari

Setelah almost setahun lebih menunggu
Allah makbulkan doa kami

Ceritanyer smlm aku kt opis nih ader la mengangkat kotak2
brg goodies bag nak bagi kat corp. customer.
pastu sakit sangat la bahagian ari2 aku nih
mmg sebelum nih pon sakit.. tapi takde la sakit sangat..
aku biarkan aje
smlm angkat kotak pon tak de la beria sangat
mengarah org je yang lebey -_-'
pastu mcm tak sedap hati lak

slalu klu sakit mcm tu sehari dua trus piyed.
ni sakit tu aku rase da dekat seminggu lebey plak
pastu lewat tak kunjung tiba kan?

tak puas hati lepas maghrib smlm ajak somi g pharmacy
beli pregnancy test.
ini bukan pertama kali yer...
manjang lambat je mengelupor g beli pregnancy test.
so debaran sangat nak tunggu 1st urine bgn tido tu kan

Bgn jer trus mencanak2 ke toilet..
tetibe.....

I:Yanggggggggggggggggggg! Cepat!!!
U: Apebende??!!
I: I mengandung kotttttttttttttt
U: Hahhhh?????????

somi tgk pastu senyap
aku pon senyap
then solat subuh sat
then sambung senyap balik.


tekejut kot!!
eh betul ke nih?
ke testkit ni rosak
sajer nak memainkan hati?
tak ble jadi nih...

sms boss kate masuk lambat nak g klinik
trusssss

sudah 5 minggu setengah!!

"Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini. 

Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya. 

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang folik asid yang diperlukan oleh anda. "



Semenjak itu,
tak putus lagi aku berzikir

Alhamdulillah...


Tuesday, May 14, 2013

Susuk Dara : Coklat Love Habibi

Tengah hangat di pasaran kan?
yer yer aku tau
aku dulu pon penah dapat gambar geli kat FB tu...
gambar keputihan bagai tu
time tu mmg kejian secara berjemaah dengan iz yahya and Peeja kat twitter.
Gile tak tanjat lak tetibe kat FB ko de org tag gambar camgitu.

Pastu elok senyap plak pasal gambar tu...

Tetibe bebudak opis aku plak!
ader few yang pakai&mkn bagai
sampai akak cleaner ngn akak indon jaga kantin tu pon dah kecoh kehebatannyer
pade aku... yer la.. maybe serase kot ngn ko
ku biarkan aje
aku pon tak penah hidup nak menjamah jamu...
gara2 gosip si maya karin keti berbau bush bush sbb mkn jamu
ehhh.. tetiber!

Sampai kecoh2 la kate ketat bagai
hahahah.... pader aku, ape kejadah la korang ni *blushing*
malu kot nak cite kan

So nak dijadikan cerita ...
klu korang de sebak entry bulan lepas aku pasal en.asben sakit perut penyakit misteri tu....
korg tau la memacam cara aku try mane tau serasi lak ngn en.asben.
tetibe la budak2 opis ni cadangkan jamu nih



so sini aku copy paste skit kelebihannyer:


Coklat Love Habibi Jamu Susuk Dara

sifat fizikal: lembut n kenyal, berbau wangi herba
rasa; manis, lemak
kelemahan: air. pastikan jari anda kering ketika mencubit coklat love habibi ini.

if terkena air: mudah berkulat.
jangka hayat: 2 tahun jika tidak terkena air dan terkena panas.

tempat simpan yg paling sesuai: dalam hbag, dalam poket hehehehe..xde lah simpan dalam suhu bilik biasa. JANGAN SIMPAN DALAM PETI AIS.

siapa yang boleh makan: semua golongan manusia termasuk kanak2. tapi bahaya SEBAB MENAIKKAN SYAHWAT JUGA

~ khas utk wanita dan lelaki yang menjaga tubuh badan supaya sehat selalu sebagai kudap2 gantian.
* buang angin
* melawaskan membuang air kecil n besar
* melancarkan peredaran darah
* menaikkan nafsu syahwat.

jika badan anda rasa lemau2 malas2 boleh ler makan coklat love habibi ini ye..

kalau ada sintom2 kalau malam semalam ehem2..pagi rasa mengantuk n lemau2 badan malas nak g kerja, malas nak buat kerja rumah jadi ambillah coklat love habibi sebagai kudap2 harian ye..

1 bekas ni insyaallah boleh tahan 30 hari. gentelkan kecil je sebesar kuku kelingking.kunyah2, telan n minum air jarang.

kalau rasa2 senak ulu hati..toksah cari ENO lagi dah..makan je ni..sendawa, kentut, muntah pon boleh..pastu lapang perut

# Yang ni mengandung boleh makan sbb utk kesihatan cergas badan.



Untuk Masalah Senggugut ketika Haid , Anda boleh mengamalkan Coklat Love habibi , selain melancarkan peredaran darah , ianya elok untuk membuang angin dalam badan dan yang paling best , mampu menurunkan berat badan jika anda konsisten mengambil nya setiap hari.

Testimoni dari aku n husband:

  1. Pas gentel2 then kunyah2... trus tentut tentut! auuww... bhahahaha
  2. Sendawa sip baik tak kuar api 
  3. Badan ringan jerrrr
  4. Aku rase mcm jerawat kurang skit
  5. Perut rase best owww
Lagi satu aku perasan, sakit belakang aku kurang lepas mengamalkannyerr...
Laki aku bile perut dia da ok, mmg tak makan dah la Coklat Love Habibi nih....kekwat! padehal aku beli utk dia.

And sbb aku rase mcm best, aku beli plak Masker Vagina, Jamu Aku Dara dengan MISS-V: Cool Medicated feminine wash.

Next entry aku akan ceritakan testimoni aku pasal 3 barang tu plak ek.....


Monday, May 13, 2013

Isnin yang mandom #2

Resepi sup tulang tu patutnye post khamis..
aku simpan draft konon nak update  tru phone sajork
tapi tetibe kat phone jadi berterabur bagai..
sentap hati kiteww.
so merase la harini post sampai dua...

hah!
lepas solat subuh pagi tadi kunun2 nak layan mata so bukak la fb kejap.
tibe dapat notification kate limit tenet aku dah abiss...
ehhhh....
aku check balik *100# baru pakai 689mb..
maknenyer ader dalam 2.3gig lagi kot
takpe... maybe maxis tingtong kejap je kot..

pastu slambe la bukak tenet....
tiberrrrr kredit mak kene potong nyahhhhhhhhhhh!!!
lahar tak lahar... habis 20 hinggit!
bahbi apekah yang melanda ini???
trus kosong kedit aku!
ehhh... sakit plak ati kitterw kan?
so aku buat SOS top-up odw nak g keje tu
bebel2 ngn en.asben..
dia pon kene jugak rupenya...

ini tak bole jadi..
aku call hotline yang 1300 xxxxxx (lupe pe number)
tak dapat...
mcm nak meroyan aku membebel sengsorang.. tak dapat2...
skali gugel2 dpt no 1800xxxxx plak....
haruslah tak pasal2 kene kicau... tak sempat abg tu nak bg salam...
hahahah...
pedulik ape aku...
rupenya yang 1800 tu utk postpaid.
rasekan.
tak pasal kene kicau...
tak kira, korg satu company kan?
so dia cakap ngn dia bagi report tu kat prepaid nyer department

AWAS!!
kicauan mak tak habis lagi.
harus panjangkan napsu kicauan mak di twitter pulak.
so setelah berkali2 berkicau...
ini hasil nyer..



so mak senyum lebar di situ
klu tak masuk credit mak
siap ko besok

mak bakar pencawang korang...
hahahahahah

kemain gengster kak ton..lantak!


 Ok ...
tarik napas
gambar kat bawah ni aku share kat ig

Kemain beli buku kt bigwolf aritu...
takder membacanyer pon... ader gak la bukak satu dua...
tp tgk gambar je...
hahhahaha

dasar pemalas.
nak buat camaner

Jumaat aritu mood en.asben nak buat apam lagi
ntah aper tebiat ntah.. tetibe rajin
ske sangat mkn apam.
sile buat sendiri





buat tak banyak pon
tapi bole la buat bekal maen futsal
bagi kengkawan dia rase
aku mkn pon ader la 4-5 ulas je..

bangga gak laki iols ni pandai wat apamm and some other menu
mmg kengkadang angin rajin dia sampai
ko tak payah tolong
nanti bergaduh
so biarkan je dia ketung ketang kat dapur tu
yang pasti lepas masak kompem bersepah
so, aku le jadi bibiknyer
takpe... tibe mood dia nak masak tu...
untung le kan
janji tak terbakar dapur sudah..

Ahad (smlm) buat kari kering.
dah blank tatau nak masak aper
so henjut je masak kari kering.


eh... trus lapar balik

buat simple je pon
goreng ayam + kentang + carrot dulu
then blend bwg putih+bwg merah+halia+rempah kari+cili boh+garam+gule+perencah cukup rase.
tumis 3 sekawan then tuang bahan blend tu.. bile pecah minyak baru masuk ayam+kentang+carrot yg dah goreng tadi.. then letak asam jawa skit... potong tomato then siap!

sonang gilos!

eh...
ok lah... panjang gak membebel harini

kbai!

Resepi Sup Tulang

Menu ni buat mlm smlm.
Pegi pasar mlm beli barang basah..
Tengok de lak org jual tulang...
Isi pon banyak..
Sekilo RM16.00
Ok lah tu..
Dari ko beli sup yang dah siap kat kedai
Semangguk ader 2-3 ketul,
Pastu tak sedap.
Harga plak tak memadan kan..

Lagipon aku buat sup ni nak sedekah skit kat jiran aku,
aritu masa cuti mengundi dia tolong tengok2 kucingan aku tu
so sebagai membalas jasa, buat la lebih nak bagi diorg.
Kate org " org berbudi kita berbahasa"
yer dok?
hahahahahahha

So mari buat Sup Tulang Power.


Bahan2 :
Tulang tulangan - 1 kilo
Bahan penumis (3 sekawan)
Sup bunjut
Perencah Sup Siam (ni yang buat sedap nih!)

Cili padi
Daun bawang & daun sup
Garam secukup rasa

Kentang 2 Biji
Carrot 1 Biji

Bahan tumisan:
Bawang Merah (Kecik) -4 ulas
Bawang Putih - 5 ulas
Lada Hitam dlm 2-3 sudu besar
Halia dlm 2-3 cm

Cara2:
  1. Bersihkan dulu tulang-tulangan tu then rebus terlebih dahulu.
  2. Bahan2 tumisan tu di tumbuk lumat.
  3. Then tumis 3 sekawan sebelum masukkan bahan2 yang di tumbuk tadi kt kuali (berasingan) sampai naik bau
  4. Bila dah mendidih rebusan, masukkan tumisan tu
  5. Masukkan sup bunjut ngan perencah sup siam 
  6. Bila dah nak empuk dagingnyer, baru masuk kentang ngn carrot.
  7. Rase la garam n masukkan cili padi yang di potong dua (memanjang)
  8. Bila dah empuk semua, hidangkan ngn hirisan daun sup+daun bawang
Mudah gile kan?

Petua nak daging cepat empuk:

  1. Masukkan sudu besi masa merebus daging tu - sampai empuk
  2. Letak gula batu masa rebus 1st round, tapi klu tak ske manis, kene buang air rebusan tu .. masukkan air lain dengan tumisan. ( aku tak ske buang air tu,rugi la beef stock tu)
 slamat menjamu selera!

Thursday, May 9, 2013

Resepi Kerabu Kaki Ayam

Kan aku de bagitau nak share resepi kerabu kaki ayam kan?
tak hengat eh?
LAHAR!!!

ok... gambar aku tak sempat nak snap aritu
tapi ni contoh2nye la....
pade sape yang tak de idea camane rupenyer kerabu kaki ayam ittew


Haaa... mcm tu la ghupenyer kerabu kaki ayam.
nampak mcm geli tak jari jemari tu?
siap nampak kerundut2 kaki dia

hahahaahahahha

kembang tekak!

so aku nyer style akan siat dulu kulit kaki ayam yang macam sisik ular tu -_-'
jari jemari dia pon potong panjang skit.
benjol2 kat jejari n tapak kaki dia pon aku lilis skit...
kire dah tak rupe kaki ayam dah la aku kejekan.
tapak kaki dia pon aku potong 2 .
mcm ngeri je nampak kaki terkangkang dlm mangkuk ko nanti
selera plak ko nak makan kan?


ok... kat sini bahan2 nyer:

Kaki Ayam - Sekilo
Serai 3 Batang - Hiris Halus
Cili Padi - 5-6 ulas (ikut tekak ko ler)
Daun Limau Purut - 4-5 Helai (hiris halus)
Gula 2-3 sudu besar (ikut rase)
Garam - 1/2 sudu (ikut rase
Tomato - Potong kecik (dadu)
Bunga Kantan 1 btg (Ikut suke) - Hiris halus
Bawang Besar - Hiris halus
Limau Kasturi/Nipis - 3 biji (ikut tekak) - Perah

Cara2nyer:

  1. Kaki ayam yang ko dah bersihkan tu ko rebus dulu ngn serai. Buat airnye paras2 nak tutup kaki tu je.... 
  2. Then, bile air dah tinggal lebih kurang sesenduk ko masukkan sume bahan2 tadi. Make sure api perlahan je.
  3. Tutup api and hidangkan.


Senang kan?
Kalau tak jadi gak.. tak tau ler aku.

Next resepi buat sup tulang power.

Till then, slamat mencuba!!!

Tuesday, May 7, 2013

Macam2 la kak ton ni!

Hai uols!
Selamat kembali bekerja utk diri sendiri :|

Jumaat lepas g SJMC.
So dari Jumaat tak masuk opis la kan
Semalam Selangor cuti.

Penat hoi balik both kg.
tapi tak sepenat en.driver la ...
miahahahahah...



Ni appointment card yang ke berape ntah.
Alhamdulillah dah turun skit T4 aku...
Last 6 weeks T4 +50 mcm tu...
Then last Jumaat g check dah 28.
Normal Range klu tak silap 23.
Lupe ntah mane aku letak medical report tu.
So continue ubat PTU still 4 biji sehari.
Siksa!!!


Balik kg mlm tu jugak... memula ingat nak balik sabtu.
tapi risau jem bagai kan.
So mari gerak malam sajork.
Dari umah aku dlm kul 9 kot...
Sampai Gemas kul 12.
kitorg tumpang tdo umah akak aku...
Mak apak aku kul seploh lebih dah tutup lampu.

klu dah sampai kg aku
mmg mcm2 xtvt la.
aku ader 2 org akak, 2 org abg..
anak buah ader 14 org
cucu buah ader 2 org nak masuk 3
so, klu balik sume mmg meriah..
lgpon both akak aku tinggal tak jauh.... abg aku pon
kira mmg akan slalu ader 3 fam nih..

aritu pepagi lagi dah sebuk masak bagai
mcm nak sambut raye dah
padehal besoknye mengundi (ahad)
kire jamuan menyambut hari mengundi... boleh?

klu jumpe mmg ruih gile
mak aku nak masak gulai (org N9 panggei masak lemak cili padi tu gulai) keledek.
pastu nak panggang ikan talapia.
tibe akak aku yg sulung nak buat gulai semilang salai.
akak aku yang ke-2 nak buat kuih badak berendam bagai.
yang lelaki2 pulak mesin tebu.. sebuk nak air tebu bagai kan!
dah tak mcm nak raye plak kecohnye!
owhh i miss that moment!!
dah la sume ckp memetir2 kan..
pastu ngan gelak sakat menyakat...

petang g memancing plakkkkkkk....
bile mlm sume dah lunyai kepenatan!..
hahahahahah...

hari mengundi tu pepagi lagi dah kuar.
yer lah.. lepas mengundi tempat aku, nak balik batu pahat lak ke kg laki aku



owh.. lambaian biru katenye.
habis wallet ngn jari2 yng laen bewarna gak!
tp member aku ni lagi sengal.
pe korek idong kan?
kah kah kah...
padan muke!
merase la lobang idong biru!
klu kene tuduh tak mengundi ... tak tau la.

Lepas laki iols mengundi, g jalan2 plak.
pegi BP mall.
haaaaa...
konon2 nak tgk jam jer.
sekali terjebak plak dahhhhh


Beli 2 trus!
Mudman ngn Baby G.
dapat murah gile kot!
RM500 for both
hadiah harijadi for each katenye...
gile baik apek tu...
tau la hari mengundi tak ramai org g bershopping
harus la kitorg pujuk rayu bagai.
kah kah kah kah....
bangga siot dapat murah!

eh.. aku der buat kerabu kaki ayam..
nanti ku bagi resepi.

ok lah... nak porak2 busy.
siot je boss aku ngn sorg colleague aku ni drag cuti...
nyesal aku tak drag cuti skali....
cisss!

Thursday, May 2, 2013

Teppanyaki Salmon

Tajuk kemain kan?

Aku ske mkn teppanyaki
Especially kt Mid Valley.
Sampai pakcik joget tu dah kenal aku.
Pakcik Joget??
Hahahahah...
Klu korang perasan, kt Teppanyaki Midvalley ader pakcik nih.
Klu dia masak harus berjoget2.
Bukan joget cak lem pong lahh
tapi mcm der tempo skit.
Maybe timing dia la kot
Tu tak pasti
Tapi yang pasti pakcik nih mesti kaki karaoke.
ehhhhh
tak pasal pakcik tu kene fitnah....
kah kah kah kah.

 Ok.. slalunye aku mmg akan order beef teppanyaki ngn gyoza jer..
mmg itu je lah yang aku order klu mkn teppanyaki pon

tetibe feeling nak mkn salmon plak

kaedahnye minggu lepas g beli barang kat Maidin USJ tu.
tetibe nampak salmon dia meriah2 plak
hajat nak grill je...
tapi dah tekak melayu tegar.
kenyang plak ko nak mengrill je kan?
dah la mahal..
2 potong dekat 9 hinggit kot.
so mari la menfaat kan salmon tu supaya jadi double kenyang.
penyudahnye wat teppanyaki

Aku gugel2 kat tenet mostly pakai sake bagai.
so aku modified ngn barang ape yang ader kat umah.
Kira ni resipi yang paling low baget tapi harus sedap..*matakeatassambillibastudung*
haaa... nampak tak camane aku masuk bakul angkat sendiri kat sitieww!

resepi kat bawah aku try&error sajork.
ko rase2 la klu memasak tu
aku masak mmg tak pernah bersukat
sume maen tabur je.


BAHAN-BAHAN (Untuk 2 org):

Teppanyaki sauce

2-3 sudu besar - Kicap masin (cair)
2-3 sudu besar - Kicap ABC
3 ulas - Bawang putih (parut)
2 cm - halia (parut)
sedikit kulit lemon - parut
lemon jus. (ikut tekak la)
Sos ikan (optional)
Seasoning sos
Sedikit minyak utk menumis

Sayuran
Taugeh
Lobak
Asparagus (optional)
Bawang besar (potong kasar)
Bawang putih (chop)
Daun bawang
Lada besar (merah&ijau)
Sos tiram skit
Sedikit garam
Minyak utk menumis

Salmon
Salmon slice
Garam
Black Pepper .

Cara2nyer 

Teppanyaki sauce
Panaskan minyak n tumis bawang putih &halia parut tu. Instead of chopping aku buat parut sbb nak bagi rase dia lebih. Then da naik bau, masukkan kicap masin (cair) ngn kicap ABC. Most recipe ader gula perang... since kicap ABC ni pon dah ader dlm ingredient dia, so sila shortcut.
Then masukkan lemon zest, kacau kejap. Masukkan sos ikan & seasoning sos before perah sedikit lemon then padamkan api. Rase la dulu ape yang terkurang or terlebih. Klu rase sos tu pekat, tambah la air... Tapis sos tu klu tak suke ader serdak2 garlic ngn halia. Klu ader minyak bijan pon bole topup skit.. since umah aku takde, so tak kuase nak g kedai beli minyak bijan semate2 kan!

Korang bule simpan wat stock sos nih... buat lebih pon tak pe, next time nak masak sayur or whatever korang boleh masukkan sos nih..


Sayuran




Bawang putih yang dah di slice tu tumis, minyak tak payah banyak2 uolss... da kekuningan sila masukkan
lada besar (merah&ijau) yang dah di slice bersama bawang besar. Then masukkan taugeh, lobak (sagat kasar/panjang2) ngn asparagus. Lastly masukkan sos tiram, sedikit garam&lada hitam ngn daun bawang. letak skit sos teppanyaki yang buat tadi bagi rase kick skit :) hahahahah...
then hidangkan.(sori aku tak letak daun bawang pon, sbb nanhadoo)

Salmon grill

  
 

Sementara korg buat sos teppanyaki ngn goreng sayur tu, korang marinate la kejap salmon tu ngn salt&pepper.
Aku pakai pemanggang ikan ajaib tu... gara2 terjebak baca blog ler aku beli pemanggang tu :)
Mula2 panaskan minyak skit je.. then masukkan butter (nak bagi wangi) .. tak payah tunggu butter tu cair sangat, nanti takut butter hangus&itam tak cantikk uolsss!!!

Then, ko masukkan ler salmon tu..
Tips : Salmon slice ko tak le masak lama sangat nanti overcook daging dia jadi keras... tak sedap la ...



Siap!!!

Sebagai isteri solehah ko hidangkan la cecantik mcm kat restaurant teppanyaki tu.
nak letak bawang putih goreng rangup ngn lobak asin pon bule.
aku ni dasar pemalas, so ape ade jeh... tu nampak tak mcm bijik lemon kat ikan tu... sebenarnyer tu sunflower seed tu... saje nak bagi rangup2... kekononnyer la... hahahaha...
Klu rajin buat ler sambal mcm kt kedai tu.. tapi aku kunyah jer cili padi... tak sempat nak buat sambal hoiii.....



 


Slamat menjamu selera!