My Kedai SnS

Thursday, May 30, 2013

Bebelan mak yong

Yer....
dah ramai memanggil aku mak yong
perut nampak lemak je pon lagi....
huuhuhuhu

tak tau la morning sickness aku nih ...
lately dah tak bule bau lauk pauk pulak
feeling nak mkn mat saleh je
aku syak baby ku nanti bermata biru....
mohon cantik mcm magen fox klu pompuan...
klu lelaki lite2 mark dacascos pon takpe, ader taste2 jawa disitu ...
eh tibe...

pagi bole mkn biskut ngn milo o..
tak pon roti,
heavy dari tu perutku sebu
lunch feeling nak salad2 sajork...
kemain mkn bermodal kan?

klu sebelom ni kudap2 nak ilang loya duk bantai asam kulit limau,
tapi tak daya asyik pedih perut.
sampai tak lalu nak telan, aku kemam je...
agak2 kulit limau tu dah kembang, aku buang...




Semlm feeling nak mkn salad ...so opismate bawak ker Secret Recipes kat SACC..
ramai plak yang join... 
kebetulan menjamu opismate lastday time tu....
so kemain la meriahnyer mkn.
memule kt menu tu dah ader sticker yang crispy chicken salad tu not available.
hoi.... sentap hati kite.... 
beria nak mkn salad... tetibe habis plak
harus la wat drama kat budak amik order tu

"dik akak ni datang jauh dik.... dari kuala selangor ke shah alam, semate nak mkn salad nih.... sian baby akak ngidam!".... 

haaaaa.... ko mampu???

adik tu serba salah... " jap kak... saya tanye kitchen ble buat utk akak tak"...

kah kah kah.....
akhirnyer!!!!
dapat gak merase salad nih!
owh lapar balik tgk gambo...






berpiuh2 tekak aku nak menghabiskan kek bagai plak
bebudak ni duk pakse mak yong rase sume kek...
balik opis rupenyer ramai yang tau aku mengidam salad...
sape lah penyebar cerita nih.....
sampai ader few mgr tanyer...
hah dapat mkn salad lom?
blushing hakhak tau!!


pastu balik keje smlm konon nak g buat scan baby kat klinik Anis section 2
tibe doc tu takder lak
so, wat harini je la.... alang2 dah merayau ke area sana..
pegi plak ke section 7 nak merase burger bakar abang burn.
tak le jadi sume blogger fofuler dah wat testi...
harus la mak nak celah bedah jugak khen???

aku order meatball sajork....
si somi order amender ntah... burger daging kot.
meatball tu ader 10 ketul...
seketul tu kene 2-3 gigit gak la
dah la perut aku lately ni manjang tak le terima mknan byk2..
so mkn lar dlm 5 ketul jer....
selainnyer si somi yg abiskan...

nampak kemain sedap lagi dlm gambar kan?
tapi tu lah.... time2 gini tekak sume tak selera..
walaupon lapar tahap gigil
harap2 tak lama la berkeadaan begini..
dah la sebelom nih aku kira pentamak jugak bab2 mkn nih
time mengandung hamik ubat dpt balasan.
sampai lauk2 sume berbau busuk....
belom cerita bau belacan lagi
ohh why!!!!!!!!

 
 

Smlm sepanjang malam perut buat hal..
aku syak kenyang sangat kot mkn daging bagai.
dia punye sebu Allah jer yang tahu..
berguling2 aku atas katil
nak letak minyak angin pon takut..
ramai yang kate tak le letak minyak angin bagai
so melayan la sebu perut sampai tertdo
sip baik pagi tadi dah kuranggg

owh harini siap bawak bekal
sandwish chicken meatloaf ngn salad bagai
beserta sedikit buah delima..

kemain kan?
hahahahh

sblm ni mmg tau khasiat buah delima nih...
so mari amalkan... eh, somiku ajar mkn dgn biji2 skali....leceh plak tiap kali kene buang kan?
so kunyah skali senang.... n org kate biji ngn kulitnye pon ader khasiat gak!

balik ni nak carik jus delima plak lah...

FYI :

Buah delima adalah salah satu buah yang terdapat di dalam syurga yang kaya dengan unsur zat besi sebagaimana firman Allah: (Q:55:6)

Maksudnya :"Pada keduanya juga terdapat buah-buahan serta pohon-pohon kurma dan delima. Buah delima atau dari segi saintifiknya Punica granatum mempunyai pelbagai keistimewaan, selain dari sedap dimakan ,ia juga mempunyai kebaikan dari segi kesihatan.Zat besi yang terdapat dalam buah delima dianggap sebagai unsur penting dalam pembentukan darah merah. Seseorang yang kekurangan zat besi akan mengalami penyakit anemia. Dengan hanya sebiji buah delima mampu memberi khasiat yang banyak kepada kita. Buah Delima mempunyai kadar antioksidan yang paling tinggi diantara buah-buahan yang lain.

 

Delima, sejenis buah lain yang disebutkan di dalam Al-Qur`an, mengandung potassium yang besar volumenya, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitaman-vitamin A, B1, B2, B3, dan C. Bereaksi bersama sodium, potassium mengatur ekuilibrium air tubuh dan menjaga detak jantung agar tetap normal..(bagi ibu dan perkembangan fetusnya). Dengan memelihara keseimbangan kadar potassium-sodium, buah ini juga menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur( kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaan nya menunjang pergerakan bayi yg dikandung) , mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah. Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah,dan juga menguatkan jantung.

Kajian di seluruh dunia telah dijalankan ke atas manfaat kesihatan jus delima. Menurut penyelidik, ibu-ibu mengandung yang berisiko melahirkan anak dengan kelahiran pramatang. Dengan mengamalkan pengambilan jus buah delima, ini dapat membantu mengurangkan risiko bayi dalam kandungan mengalami kecederaan otak yang disebabkan oleh kadar pengaliran oksigen yang rendah di dalam darah. Jus delima menjadi satu sumber bagi asid folik yang diperlukan bagi pembangunan yang sihat bayi. Asid folik adalah satu komponen yang diperlukan dalam pembentukan sel darah merah dan DNA. Wanita yang mempunyai paras asid folik yang lebih tinggi semasa awal kehamilan berkemungkinan mempunyai bayi yang sihat.

Antara kebaikannya yang lain:

MENSTABILKAN PARAS KOLESTROL
Adalah sukar untuk mengekalkan tahap kolestrol dalam badan. Delima akan membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.

DELIMA MEMPUNYAI TAHAP ANTIOKSIDAN YANG TINGGI 
Delima terbukti mempunyai kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau. Apabila anda memerlukan sumber antioksidan pada kehidupan seharian, anda perlu pastikan ia adalah antioksidan yang paling bagus. Delima merupakan sumber terbaik untuk antioksidan.

MELAWAN PENYAKIT JANTUNG
Delima membantu melancarkan peredaran darah dalam badan. Ini adalah kaedah terbaik melindungi diri daripada penyakit jantung atau serangan jantung. Berdasarkan kajian terbaru, kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak. Delima mengandungi 'flavonoids' dan 'polyphenols' yang tinggi, iaitu antioksidan yang mampu melawan penyakit jantung dan kanser.

MERANGSANG TENAGA BATIN
Jus delima kya dengan antioksidan yang dapat meningkatkan pengaliran darah pada genitals (alat kelamin). Ia juga dapat mencegah ketidaksuburan dan kemadulan. Delima juga dikenali sebagai 'natural viagra' dapat meningkatkan tenaga seksual secara semulajadi.

MENGUATKAN SISTEM PERTAHANAN BADAN
Delima merupakan pendekatan yang baik bagi melawan penyakit. Delima dapat memperbaiki kitaran darah pengguna. Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit. Ini adalah langkah awal untuk pengguna dari menjadi mangsa serangan jantung atau penyakit hati.

MENGURANGKAN RISIKO PENYAKIT KENCING MANIS
Meminum jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. Kajian terbaru mendapati pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries). Kata Penyelidik. "Dalam jus delima, gula bercantum kepada antioksidan yang unik, di mana sebenarnya menjadikan gula ini sebagai pelindung melawan atherosclerosis".

MENGHALANG KEMASUKAN VIRUS HIV-1 DAN MOCROBICIDE
Keputusan eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat meyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan sernagan virus utama A sehingga G dan juga kumpulan 0.

MENGELAKKAN KANSER KALENJAR PROSTAT
Kajian telah membuktikan bahawa jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima di mana penggunaan delima dapat menyembuhkan kanser itu.

DELIMA MELAWAN KANSER PAYUDARA
Penyelidik mendapati bahawa minyak bijian daripada delima dapat memusnahkan sel kanser payudara dan mengekal tanpa menjejaskan sel sedia ada. Kajian lain di Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara. Kajian di Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.

MERENDAHKAN TEKANAN DARAH
Salah satu masalah kesihatan utama yang dihadapi oleh manusia pada masa kini adalah menghidapi tekanan darah yang tinggi pada usia tua. Kandungan antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.

MENGUATKAN KESIHATAN GIGI
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi. Gigi yang sihat dapat diperolehi selain dari menggunakan khidmat doktor yang pakar. Ini adalah kaedah yang dapat mengelakkan pengguna dari kehilangan gigi.

MENCEGAH DARIPADA PENYAKIT ALZHEIMER (Nyayuk)
Pengkaji daripada Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer's daripada mereka yang meminum kurang daripada satu sajian setiap minggu.

MENGURANGKAN BATUK DAN ASTHMA
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan yang hebat. Ia akan mengurangkan bunyi dehitan pada pengidap asthma dan lelah.

MENGANDUNGI KEPELBAGAIAN VITAMIN
Delima mengandungi 'potassium' yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C. Mencegah edema, dan mengurangi kadar gula yang beredar di dalam darah (ibu yang baru pertama kali hamil atau lebih dari 3 kali kehamilan). Delima menghilangkan rasa letih otot dan memungkinkannya bergerak dengan mudah, dan juga menguatkan jantung.

DELIMA AMAT DISYORKAN DIAMBIL OLEH IBU-IBU HAMIL
Jika diambil semasa awal kehamilan, ia dapat mengelakkan 'morning sickness'
Menjaga degupan jantung agar tetap normal (bagi ibu dan perkembangan fetusnya)
Menunjang kepekaan saraf dan otot agar berfungdi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)
Menjadikan kulit bayi sihat, gebu dan cantik
Menunjuang kepekaan saraf dan otot agar berfungsi secara teratur (kajian mendapati rahim wanita lebih utuh/kuat sesuai dengan kepekaannya menunjang pergerakan bayi yang dikandung)

MELINDUNGI OTAK BAYI
Kajian Pediatrik mendapati meminum jus delima semasa mengandung dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Jus delima juda dapat membantu untuk mendapatkan bayi yang sihat. Beberapa tahun lepas, doktor mengesahkan bahawa ketidakcukupan asid folik (folate) boleh menyebabkan tiub saraf yang cacat seperti kerosakan pada tulang belakang dan sumbing pada lelangit bibir untuk bayi. Itulah sebabnya kenapa Persatuan Perubatan Amerika mencadangkan supaya semua ibu yang mengandung mengambil supplemen yang mempunyai asid folik setiap hari. Jus delima memenuhi bekalan asid folik sebaik seperti vitamin dan mineral yang penting untuk perkembangan bayi. Sebagai tambahan, kebaikan jus delima adalah mengandungi 'potassium' di mana ia dapat mengelakkan kekejangan kaki yang biasanya dihadapi oleh ibu mengandung pada waktu malam.

LAGI KHASIAT DELIMA :-
Melawan penyakit gaut
Mengurangkan batuk dan menghilangkan kahak
Merawat 'sinus'
Meningkatkan tenaga
Menguatkan sistem penghadaman, membersihkan usus dan mengeluarkan keracunan badan
Mengatasi penyakit anemia dengan membekalkan zat besi yang secukupnya
Menormalkan fungsi hati
Menstabilkan peredarah darah
Merawat cirit birit, sakit telinga, pandangan kabur, sakit gusi
Mencuci darah kotor


Eh.... tetibe buat iklan delima kan?

ilmu perlu di kongsi katenye!

ok lah... nak siap2 kuar
harini amik halfday
ader appointment ngn dr hew kt SJMC petang nih utk thyroid
pastu nak patah balik shah alam nak buat scan baby kat klinik anis sec. 2.

k uols!
muah!!

No comments: