My Kedai SnS

Wednesday, May 15, 2013

Alhamdulillah

Alhamdulillah!
Itu jer yang aku sebut dlm hati lepas solat subuh pagi tadi
N senyum sepanjang hari

Setelah almost setahun lebih menunggu
Allah makbulkan doa kami

Ceritanyer smlm aku kt opis nih ader la mengangkat kotak2
brg goodies bag nak bagi kat corp. customer.
pastu sakit sangat la bahagian ari2 aku nih
mmg sebelum nih pon sakit.. tapi takde la sakit sangat..
aku biarkan aje
smlm angkat kotak pon tak de la beria sangat
mengarah org je yang lebey -_-'
pastu mcm tak sedap hati lak

slalu klu sakit mcm tu sehari dua trus piyed.
ni sakit tu aku rase da dekat seminggu lebey plak
pastu lewat tak kunjung tiba kan?

tak puas hati lepas maghrib smlm ajak somi g pharmacy
beli pregnancy test.
ini bukan pertama kali yer...
manjang lambat je mengelupor g beli pregnancy test.
so debaran sangat nak tunggu 1st urine bgn tido tu kan

Bgn jer trus mencanak2 ke toilet..
tetibe.....

I:Yanggggggggggggggggggg! Cepat!!!
U: Apebende??!!
I: I mengandung kotttttttttttttt
U: Hahhhh?????????

somi tgk pastu senyap
aku pon senyap
then solat subuh sat
then sambung senyap balik.


tekejut kot!!
eh betul ke nih?
ke testkit ni rosak
sajer nak memainkan hati?
tak ble jadi nih...

sms boss kate masuk lambat nak g klinik
trusssss

sudah 5 minggu setengah!!

"Anda mungkin tidak kelihatan hamil pada masa ini, namun, jantung embrio, yang lebih kecil dari biji kaskas, sudah mula berdenyut dan mengepam darah. Jantung mula membahagi kepada kamar-kamarnya dan dalam sedikit masa akan mendapat ritma denyutan yang baik. Panjang embrio lebih kurang suku inci / setengah sentimeter dan rupanya lebih mirip berudu daripada manusia. Ia membesar secara memecut pada minggu ini. 

Organ utama, seperti ginjal dan hati, mula muncul. Tiub saraf, yang menyambungkan otak dan korda spina, akan tutup pada minggu ini. Anggota bawah bayi mula tumbuh - ini akan menjadi tangan dan kaki bayi anda. Usus sedang berkembang dan apendiks bertempat di ruangnya. 

Di bawah pembukaan yang akan menjadi mulut bayi anda, lipatan-lipatan kecil muncul yang akan menjadi leher dan rahang bawah bayi. Seawal minggu ini, raut muka sudah mula terbentuk. Lubang hidung lebih kelihatan dan versi terawal retina mata mula timbul. Dapatkan maklumat tentang folik asid yang diperlukan oleh anda. "



Semenjak itu,
tak putus lagi aku berzikir

Alhamdulillah...


No comments: